Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Majlis tadarus maya semarak Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran secara maya sempena bulan Ramadan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakita-ngan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya serta pegawai dan kakitangan dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan bacaan surah-surah, takhtim dan Doa Khatam Al-Quran oleh peserta-peserta dan diakhiri dengan Dikir Marhaban.

Majlis-majlis seumpamanya itu merupakan aktiviti keagamaan tahunan kementerian tersebut bersempena bulan Ramadan, yang mana pada tahun ini ia telah diselenggarakan oleh Agensi Pelaburan Brunei.

Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin dan Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran secara maya.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -