Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Majlis tadarus semarak bulan Ramadan

    Oleh Sim Y. H. & Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan & KKBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Bagi merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadan, beberapa buah kementerian dan persatuan telah mengadakan majlis bertadarus.

    Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan sempena bulan Ramadan di Masjid Kampung Pulaie, kelmarin. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Selesai bertadarus, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan sumbangan wakaf berupa water jet dan vacuum wet and dry kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Pulaie, Awang Mohd Zakaria bin Haji Mohd Salleh.

    Sementara itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta jabatan-jabatan dibawahnya turut mengadakan majlis bertadarus yang diadakan di Masjid Kampung Penabai, Daerah Tutong.Program telah diselenggarakan oleh KKBS dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penabai, Daerah Tutong.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menyertai majlis tadarus Al-Quran bertempat di Masjid Kampung Pulaie, baru-baru ini.
    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menghadiri majlis tersebut.
    Ahli-ahli PERBEKAL yang turut serta dalam majlis tadarus berkenaan.

    Rombongan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya telah diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Juzuk 4 secara bergilir-gilir serta disusuli dengan bacaan Doa Menghindari Wabak COVID-19 dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafriyyah dan Saiyydul Istighfar.

    Turut hadir Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, pengarah-pengarah bahagian dan jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya dan para jemaah Masjid Kampung Penabai, Daerah Tutong.

    Selain itu, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), baru-baru ini turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup majlis tadarus di bulan Ramadan secara maya.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan Berakas itu ialah Penaung PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Seramai 30 orang ahli persatuan itu telah mengikuti majlis tadarus yang telah bermula sejak 4 April lalu sebagai aktiviti keagamaan wajib yang diadakan setiap tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...