Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Tadarus semarakkan Sambutan Jubli Emas

    Antara yang menghadiri majlis tadarus sempena Jublie Emas KDYMM.

    Oleh Yusrin Junaidi, Normazlina M.D & Hajah Saemah Kepli

    Gambar oleh Muiz Matdani, Normazlina M.D & Hajah Saemah Kepli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta,  Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran sebagai sumbangan khas yang ikhlas.

    Majlis yang telah dilancarkan pada 25 September lalu itu disertai seramai 1,500 orang peserta yang terdiri daripada warga perkhidmatan awam, pasukan-pasukan beruniform, badan-badan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institut Pengajian Tinggi dan Brunei Acid Company yang dibahagikan ke setiap daerah mengikut tempat kediaman para peserta.

    Di Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong dan disertai lebih 600 orang peserta.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda