Majlis Tadarus terus semarakkan Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Majlis tadarus Al-Quran Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah diteruskan lagi di Masjid Kampung Sungai Besar, baru-baru ini.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sendiri.

Kemudian, majlis diikuti dengan tadarus Al-Quran secara beramai-ramai, seterusnya bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dikepalai oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Hanafiah bin Haji Mahmud manakala itu, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Sallehin bin Pengiran Haji Tejuddin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, para pengarah, pegawai kanan dan kakitangan KHEU, belia dan beliawanis masjid, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, pegawai dan pelajar sekolah-sekolah Arab dan jemaah masjid yang berdekatan.

ATAS: Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyertai majlis tadarus di Masjid Kampung Sungai Besar, baru-baru ini.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.