Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Majlis Tahlil Arwah Sekampung eratkan hubungan penduduk

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 17 MAC – Sudah menjadi kelaziman sebelum menjelangnya Ramadan yang mulia, majlis tahlil diadakan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung bagi mengenang insan yang sudah tiada.

    Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai telah mengadakan Majlis Tahlil Arwah Sekampung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai, Tutong.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz menyatakan, dengan adanya acara seumpamanya, kita dapat sama-sama mendoakan keluarga yang telah kembali ke rahmatullah dan mengeratkan silaturahim antara para penduduk Kampung Sengkarai, Tutong.

    Pada majlis itu, bacaan tahlil dipimpin oleh Pegawai Masjid PAHMA, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang.

    Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Salim bin Othman; Pemangku Ketua Kampung Petani, Tutong, Awang Zambri bin Haji Ibrahim; Imam Masjid PAHMA, Awang Hafiy bin Yahya; dan Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Mohammad Aidil Sofian bin Mohammad Yassin.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bersama jemputan lain pada Majlis Tahlil Arwah Sekampung. – Gambar serahan AJK Takmir Masjid PAHMA, Kampung Sengkarai
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...