Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Bagi menyemarakkan bulan Ramadan dan meraih ganjaran pahala sekali gus sebagai mempamerkan rasa hormat dan kasih sayang, pelbagai pihak telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, kelmarin.

    Mengetuai rombongan daripada Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA) ialah ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu selaku Yang Di-Pertua POLSARA dan Penasihat POLSARA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan seterusnya tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh mantan Imam Polis Gadong, Haji Abdullah bin Haji Karim.

    Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin bersama para ahli POLSARA lainnya ketika majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Kelmarin.
    Yang Dimuliakan Pehin Goh King Chin ketika berada di majlis bertahlil bersama warga Sumbangsih Mulia, kelmarin.

    Manakala itu, kira-kira 300 orang terdiri daripada para peniaga dan kakitangan Sumbangsih Mulia turut mengadakan majlis seumpamanya yang dihadiri oleh Pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengurus Sumbangsih Mulia, Haji Mansor Haji Mohammad Yassin.

    Majlis yang merupakan acara tahunan itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil diketuai oleh Imam Masjid Kampung Beribi, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda