Majlis tahlil secara dalam talian

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar mengadakan majlis tahlil secara dalam talian, hari ini.

Jawatankuasa takmir masjid berkenaan telah menjalankan beberapa aktiviti keagamaan secara dalam talian sejak minggu keempat penutupan sementara masjid-masjid.

Menurut ahli jawatankuasa takmir masjid, setakat ini seramai 29 orang jemaah telah menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan melalui Zoom Online.

Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang dan memberikan galakan kepada jemaah masjid yang lain dan juga orang ramai untuk sentiasa mengimarahkan aktiviti masjid secara dalam talian.