Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Sempena penubuhannya yang ke-50, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Antara yang hadir ialah Yang Di-Pertua DPPMB, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid@Sabli bin Haji Arshad, ahli-ahli jawatankuasa tadbir, keluarga dan anak buah syarikat ahli DPPMB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan Surah Yasin beramai-ramai.
Majlis ini diungkayahkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama DPPMB sebagai salah satu kegiatan bercorak keagamaan sempena sambutan penubuhan dewan perniagaan berkenaan.