Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil sempena penubuhan PEMODA

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) kelmarin, telah mengadakan Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Berbuka Puasa sempena Sambutan Jubli Perak dan Hari Ulang Tahun PEMODA ke-25 yang berlangsung di Restoran Bali Pit Stop, Jalan Tungku Link.

    Acara yang dihadiri oleh lebih 100 orang ahli PEMODA itu bermula dengan konvoi Sungkai Ride yang mana sebelum perjalanan konvoi dimulakan kesemua ahli berkumpul di Taman Permainan Jerudong. Konvoi bermotosikal sejauh 25 kilometer itu sebagai tanda simbolik kepada Hari Ulang Tahun PEMODA ke-25 dan berakhir di restoran berkenaan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil beramai-ramai khusus kepada ahli-ahli persatuan yang telah kembali ke rahmatullah dan diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena sambutan ulang tahun yang dipimpin oleh Bendahari Agung PEMODA, Haji Noor Aimee bin Haji Matamit.

    Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan kutipan derma yang akan disumbangkan kepada anak-anak yatim melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Antara yang hadir ialah Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, pelopor-pelopor dan mantan-mantan yang dipertua persatuan berkenaan.

    Antara ahli-ahli PEMODA yang hadir semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda