Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis tahlil sempena ulang tahun masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Sempena Ulang Tahun Penubuhan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, jawatankuasa takmir masjid berkenaan telah mengadakan majlis tahlil dan membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Majlis tahlil dan Doa Arwah dikhususkan kepada ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah para jemaah masjid dan kira-kira 40 orang ahli jawatankuasa takmir masjid.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yasin dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Symsul Nizam bin Haji Badar.

    Majlis tersebut merupakan program tahunan sempena penubuhan masjid berkenaan dan bagi sama-sama melipatgandakan pahala.

    Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah bertahlil di Kubah Makam Diraja.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda