Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Majlis tingkatkan semangat kebangsaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PSB) akan mengadakan Majlis Semarak Hari Kebangsaan yang bertemakan Semangat Kebangsaan KeBruneian pada 13 Mac ini.

    Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong menjelaskan, majlis itu bertujuan sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmat yang dimiliki dan dikecapi oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam setelah mencapai kemerdekaan pada 39 tahun yang lalu.

    Majlis yang akan diadakan pada pukul 9 pagi di Masjid Al-Muhtadee Billah itu merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan bersama antara KHEU dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ujarnya lagi semasa sidang media di PSB di ibu negara, hari ini.

    Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Imam Masjid Al-Muhtadee Billah, Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd Hussein yang mengongsikan mengenai pengisian acara pada majlis tersebut nanti.

    Majlis berkenaan akan diisikan dengan Bicara Sejarah bertajuk Semangat Kebangsaan KeBruneian yang akan disampaikan oleh Dr Haji Muhammad Hadi.

    Dalam pada masa yang sama, pelbagai aktiviti turut diaturkan sepanjang majlis itu antaranya pameran sejarah, kuiz interaktif, menyusun salasilah keluarga dan juga jualan buku dari PSB yang akan turut menawarkan harga promosi bagi buku-buku yang terpilih.

    Matlamat majlis itu adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi semangat kebangsaan keBruneian dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia yang akan mewarisi bangsa Brunei pada masa akan datang.

    Bicara sejarah berkenaan juga akan memberi gambaran dan pengetahuan kepada generasi muda masa kini terhadap perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam mengembalikan kedaulatan negara ini.

    Selain itu, ia juga bertujuan agar golongan belia mengambil iktibar serta pengajaran dari peristiwa yang lalu demi menjaga, memelihara, mempertahankan dan mendaulatkan hari kemerdekaan yang diraikan setiap tahun pada 23 Februari sejak 1984.

    Sidang media yang diadakan di Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...