Majoriti kes jangkitan baharu S’pura dari asrama

SINGAPURA, 18 JUN – Singapura hari ini mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya empat kes dalam komuniti.

Dengan angka terbaharu itu, menjadikan keseluruhan kes COVID-19 kini ialah 41,473 kes. Secara ringkas data 12 tengah hari yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan antara kes komuniti itu, seorang melibatkan penduduk tetap Singapura dan tiga lagi ialah pemegang pas pekerja. Sementara itu, majoriti besar jangkitan masih melibatkan pekerja di asrama. – Bernama