Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maju Motors perkenalkan Jetta serba baru

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Maju Motors Sdn Bhd kini memperkenalkan koleksi model Volkswagen (VW) Jetta generasi ke-6 serba barunya dengan mempamerkan kereta tersebut bagi para pengamal media permotoran yang berlangsung di Starbucks, Beribi, di sini, hari ini.

    Wartawan Media Permata hari ini diberi peluang melihat lebih dekat mengenai model serba canggih itu sambil membuat uji pandu bersama kakitangan Syarikat Maju Motors Sdn Bhd untuk merasai sendiri kelebihan dan keseronokan pemanduannya.

    Jenama VW yang dihasilkan di Mexico ini merupakan pilihan sesuai untuk pemandu di negara ini yang ingin memiliki sebuah kereta dengan gaya moden dan mempunyai prinsip keselesaan, keselamatan dan kualiti tinggi.

    Ciri-ciri luaran Jetta memberikan keanggunan abadi dan gaya dinamik yang lebih standard dengan penampilan lebih moden, bergaya dan sportif. Kini gril depan kereta berkenaan diberi warna krom yang dipadankan dengan lambang VW baru berbentuk 3D.

    Di samping itu, Jetta juga mempunyai teknologi baru dan merupakan salah sebuah kenderaan yang paling ekonomi dalam kelasnya. Selain daripada pengurangan penggunaan bahan api, Jetta juga menyumbang kepada kos penyelenggaraan yang rendah.

    Model Jetta generasi ke-6 adalah pilihan yang sesuai untuk pemandu yang ingin memiliki sebuah kereta dengan gaya moden dan mempunyai prinsip keselesaan.
    Model Jetta generasi ke-6 adalah pilihan yang sesuai untuk pemandu yang ingin memiliki sebuah kereta dengan gaya moden dan mempunyai prinsip keselesaan.
    Jetta dilengkapi dengan sistem navigasi dengan mod 3D.
    Jetta dilengkapi dengan sistem navigasi dengan mod 3D.

    Selain itu, Jetta juga dilengkapi sepenuhnya dengan enam beg udara di mana beg udara untuk pemandu, penumpang depan, beg udara sisi di hadapan dan sisi langsir di depan dan belakang adalah standard. Selain itu, Jetta mempunyai struktur kenderaan yang amat selamat.

    Jetta serba baru ini dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI Turbocharger mempunyai tahap kelajuan tertinggi mencecah 200 km/j, memecut dari 0-100 km/j dalam 9.8 saat yang dibantu oleh kecekapan penukaran gear yang dipertingkatkan dari tujuh kelajuan transmisi DSG Dual-Clutch.

    Keselesaan Jetta 1.4 TSI yang popular ini boleh dikenal pasti dengan penampilan bergaya tambahan lagi dilengkapi roda aloi 17 inci.

    Di bahagian dalam pula mempunyai ciri-ciri seperti ruang penyimpanan bagasi pada belakang kerusi depan, sistem kawalan penghawa dingin ‘Climatronic 2-zon’, punat menghidupkan/mematikan enjin, soket 12 volt dalam ruang penyimpanan bagasi dan sistem navigasi dengan mod 3D.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda