Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Mak cik Bon pertahan cara tradisional buat bahulu

    KANGAR – Kuih bahulu kampung atau dikenali sebagai bahulu cermai yang dihasilkan melalui kaedah tradisional menggunakan sabut kelapa dan acuan tembaga lebih sedap dan wangi serta membangkitkan rasa nostalgia kepada para penggemarnya.

    Che Ambon Ahmad, 85, yang mesra dipanggil mak cik Bon berkata beliau lebih puas membuat dan membakar sendiri bahulu menggunakan sabut kelapa kerana anak, cucu dan cicitnya lebih gemarkan bahulu buatannya berbanding yang ada di pasaran.

    “Bagi mak cik rasa kuih yang kita hasilkan sendiri berbeza daripada yang dijual, mak cik rasa gembira bila lihat anak-anak dan cucu makan bahulu yang mak cik hasilkan sendiri,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

    Sambil mengacau campuran gula dan telur menggunakan pengadun tangan, Che Ambon berkata setiap kali sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan menghasilkan 100 hingga 200 biji hidangan wajib setiap kali hari raya itu.

    Katanya yang membuat bahulu sejak berumur 12 tahun, proses membuat bahulu bukan mudah, namun memerlukan kesabaran tinggi kerana adakalanya bahulu yang dihasilkan tidak menjadi.

    Ibu kepada tiga anak itu berkata bahan yang diperlukan hanya menggunakan telur ayam, gula pasir yang dipukul sehingga berbuih sebelum dimasukkan tepung gandum yang disangai, kemudian bancuhan itu dimasukkan ke dalam acuan tembaga sebelum dibakar kira-kira tiga minit.

    “Mak cik akan terus hasilkan bahulu setiap kali Hari Raya selagi masih sihat,” katanya. – Bernama

    Che Ambon berkata setiap kali sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan menghasilkan 100 hingga 200 biji hidangan wajib setiap kali hari raya itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...