Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Mak Wan Latah akhirnya jawab tuduhan panas baran

    Susulan beberapa tuduhan dilemparkan terhadap Mak Wan Latah oleh bekas pengurus peribadinya di laman sosial, pelakon itu akhirnya tampil bersuara dengan menganggap pendedahan berkenaan adalah fitnah.

    Enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, sebaliknya menyifatkan bekas pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Amell itu sebagai seorang yang tidak betul.

    “Kalau kita layan orang otak tak betul, kita pun jadi tak betul. Jadi saya tak nak komen apa-apa. Minta maaf ya, itu hak dia. Saya tidak mahu cakap apa-apa.

    “Hanya Allah SWT saja yang tahu, Allah SWT yang baca dan lihat apa dia buat. Jadi jangan dia merangkak jumpa saya dengan tuduhan itu,” katanya kepada mStar dalam keadaan menangis. Terdahulu, Amell tampil membongkar sikap sebenar artis veteran itu di TikTok dengan berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain pelakon berkenaan yang didakwanya sebagai panas baran.

    Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan dilihat seumpama sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

    Mak Wan menafikan semua tuduhan bekas pembantu peribadinya. – Agensi

    Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan. Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video tersebut, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

    Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

    Dalam pada itu, Mak Wan enggan bercerita buruk tentang bekas pembantu peribadinya itu seperti mana pernah dilakukan ketika dihimpit kontroversi terhadap bekas suaminya, Husain Dollah.

    “Tak apa, berapa ramai orang nak kecam… biar orang kecam. Yang penting, saya tak buat apa-apa. Saya tak nak aibkan dia seperti yang saya pernah buat pada bekas suami.

    “Saya tak nak aibkan sesiapa, itu hak dia, itu semua gambar lama. Biarkan dia. Sebab saya pun tak buat apa. “Kalau saya buat macam itu, saya akan jadi macam dia,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...