Sunday, January 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makam bapa bekas pemimpin Syria dibakar

    QARDAHA, 12 DIS – Makam bapa Presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad Hafez telah dibakar di kampung halamannya di Qardaha, menurut siaran rakaman AFP kelmarin.

    Pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights, berkata kepada AFP bahawa pemberontak telah membakar makam itu, yang terletak di kawasan tengah masyarakat Alawite Assad, di Latakia.

    Siaran rakaman AFP menunjukkan bahagian makam itu terbakar dan rosak. Struktur tinggi di atas bukit mempunyai reka bentuk seni bina yang rumit dengan beberapa gerbang, bahagian luarnya dihiasi dengan ukiran pada batu.

    Ia juga menempatkan makam ahli keluarga Assad yang lain termasuk abangnya, Bashar Bassel, yang sedang dipersiapkan untuk mewarisi kuasa sebelum dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 1994. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda