UTARA MALI – Dikenali sebagai sebuah tempat yang suci dan kudus oleh kebanyakan penduduk Muslim di Mali malah khazanah purba ini dikatakan mempunyai kuasa mitos untuk melindungi bandar itu daripada sebarang bahaya atau kekacauan namun khazanah ini sebahagian besar telah dimusnahkan oleh golongan radikal Islam pada tahun 2012. Lima tahun selepas kemusnahan makam Timbuktu, beberapa usaha pembaik pulih khazanah purba itu telah diungkayahkan yang mana kebanyakan pembiayaan ditanggung oleh badan persatuan UNESCO, Kebudayaan PBB.
Baru-baru ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague telah memutuskan bahawa bekas ahli jihad Malian, Ahmad Al-Faqi Mahdi telah menyebabkan kerugian sekitar 2.7 juta euro kerosakan apabila dia memusnahkan beberapa bangunan makam itu dan dia diarahkan untuk membuat pembayaran pampasan kepada mangsa-mangsa yang turut menerima kesan daripada kerosakan itu. Mahdi yang berasal dari kaum Tuareg telah di penjara selama sembilan tahun oleh pihak mahkamah dalam satu keputusan yang sangat penting pada bulan September 2016 lalu selepas dia mengaku bersalah mengarahkan serangan ke atas tapak Warisan Dunia UNESCO itu.
Bandar 333 ahli kudus
Makam itu adalah makam para ahli kudus Muslim yang sangat dihormati malah barisan tokoh-tokoh ini dikenali sebagai ‘Orang-orang yang kudus’ di kawasan Timbuktu, iaitu sebuah bandar yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kemudian pada tahun 2012, pihak UNESCO telah meletakkan kawasan itu sebagai tapak warisan dunia yang dalam keadaan bahaya disebabkan oleh persekitaran tempat itu yang dibelenggu dengan aktiviti keganasan dan kekacauan.
Menurut pihak UNESCO, pihak kota itu telah menganggarkan sekitar 16 kubur telah didapati dalam bangunan itu dan makam itu merupakan bahagian yang penting dalam sistem kepercayaan agama di rantau berkenaan dan ia dianggap secara luas untuk melindungi kota itu daripada sebarang ancaman bahaya.
Bagi penduduk di bandar itu, bangunan itu sangat dihormati malah bangunan itu dihiasi dengan batu permata dan lencana pemakaman yang lain malah terdapat juga lorong-lorong serta kediaman-kediaman persendirian yang berdekatan dengan bangunan berkenaan.
Para pakar sejarah mengatakan bahawa khazanah purba ini adalah yang paling tua sekali yang mana dibina pada abad ke-14 lagi. Bandar Timbuktu diasaskan oleh Tuaregs antara abad ke-5 dan ke-12 dan telah dikenali sebagai salah sebuah ‘kota 333 kudus’, yang merujuk kepada bilang orang cerdik pandai bijaksana Muslim yang telah dikebumikan di tapak tersebut.
Menurut ahli sejarah Mali, jumlah itu sebenarnya sama dengan insan kudus agama Kristian. Mereka ini turut dianggap sebagai pelindung bandar dan auro bangunan itu mendorong ia disalahgunakan untuk permintaan tarikh perkahwinan yang sesuai, berdoa untuk hujan dan usaha untuk melawan penyakit serta sebagainya.
Pusat pembelajaran Islam
Timbuktu adalah pusat pembelajaran yang penting bagi penyebaran budaya Islam, kawasan persinggahan dan juga pasaran utama ekonomi bandar tersebut. Aspek kebudayaan dan ekonomi Timbuktu berlaku pada abad ke-15 dan abad ke-16 lagi.
Bandar ini juga merupakan tapak bagi tiga buah masjid yang utama di benua Afrika, Djingareyber, Sankore dan Saidi Yahia. Walaupun ia berjaya dipulihkan pada abad ke-16, tiga masjid ini pada hari ini masih lagi terancam dengan beberapa kemajuan moden. Bandar ini juga terkenal dengan puluhan ribu manuskrip, beberapa antaranya dicipta pada abad ke-12 dan lain-lain lagi pada era pra-Islamik.
Kemusnahan dan pembinaan semula
Pada tahun 2012, para jihad yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaeda, termasuk Ansar Dine, telah memusnahkan sekitar 14 daripada 16 makam yang disenaraikan dalam penjagaan Tapak Warisan Dunia. Para ahli jihad telah menggunakan pickaxes dan jentolak untuk merobohkan tapak-tapak dan menganggapnya sebagai patung-patung berhala.
Namun para jihad radikal Islam itu telah mengambil alih utara Mali pada bulan Mac-April 2012, selepas berlaku rampasan kuasa yang telah menjatuhkan kekacauan di benua Afrika. Operasi ketenteraan antarabangsa yang diketuai oleh Perancis telah berjaya membantu mengusir pemberontak ini.
Dari bulan Mac 2014 hingga bulan Julai 2015, kerja-kerja pembinaan semula dilaksanakan di bawah program yang dilancarkan oleh UNESCO dan dibiayai oleh beberapa buah negara dan institusi. Pada bulan Februari 2016, bandar itu telah berjaya kembali menguasai tempat itu dan mula membina semula apa yang telah dimusnahkan dan dirosakkan. – AFP