Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan ikut keperluan bukan kemahuan

    RAMAI yang berpegang dengan pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Sebab itu masyarakat kita sangat menjaga tutur bicara dan kesantunan bahasa.

    Namun ramai yang tidak sedar bahawa menjaga perut juga tidak kurang pentingnya. Kerana perut juga, badan binasa. Binasa bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat. Di dunia dengan pelbagai penyakit, di akhirat dengan jilatan api neraka.

    Makan dengan satu perut

    Bermula dari perutlah, punca kebanyakan penyakit manusia zaman sekarang. Justeru setiap suapan yang mahu dimasukkan ke mulut perlu diperhatikan kandungannya kerana perut yang akan menjadi mangsa kelak. Makanan itu mungkin sedap di mulut, cantik di mata dan enak baunya, belum tentu baik untuk perut dan anggota badan yang lain.

    Sangat tepat apabila Islam mewajibkan umatnya puasa selama sebulan pada bulan Ramadan setiap tahun. Melalui Ramadan, Allah mengajar manusia cara menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Makan bagi orang Islam adalah untuk hidup dan kekal cergas dalam melakukan ibadah kepada Allah. Ya Islam mahu membezakan antara tabiat pemakanan orang Islam dengan bukan Islam. Orang Islam makan hanya dengan satu perut, tetapi yang bukan Islam makan dengan tujuh perut di mana mereka dapat menikmati kesenangan di dunia.

    Realitinya orang yang sentiasa berhenti makan sebelum kenyang akan sentiasa kelihatan aktif dan cergas dalam menyelesaikan tanggungjawab harian mereka.
    Realitinya orang yang sentiasa berhenti makan sebelum kenyang akan sentiasa kelihatan aktif dan cergas dalam menyelesaikan tanggungjawab harian mereka.

    Berhenti sebelum kenyang

    Tidak salah jika anda mahu makan banyak. Kerana kuantiti keperluan makanan manusia itu berbeza mengikut keadaan manusia. Maka makanlah ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.

    Sebab itulah Islam tidak menghadkan limit makanan itu pada kuantiti makanan., tetapi pada ‘sebelum rasa kenyang’. Sangat ideal dan berhikmah ajaran Islam!

    Realitinya orang yang sentiasa berhenti makan sebelum kenyang akan sentiasa kelihatan aktif dan cergas dalam menyelesaikan tanggungjawab harian mereka.

    Namun mereka yang berhenti makan setelah kenyang, waktu tugasan harian mereka sering diganggu dengan mengantuk dan tidur.

    “Kenapalah aku selalu mengantuk ini, nak kata cukup tidur, setiap malam dah tidur awal. Apa masalah aku ini?”

    Jangan salahkan tidur anda pada waktu malam, tetapi muhasabahlah gaya permakanan anda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda