Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan malam sempena Hari Kebangsaan, Pembebasan Kuwait

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait ke-63 dan Sambutan Hari Pembebasan Kuwait ke-33, Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Resepsi Makan Malam di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong, malam tadi.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mohd Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku wakil kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Kuwait.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Brunei, Tuan Yang Terutama Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

    Kemudian Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan TYT Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi berserta wakil-wakil Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) terdiri daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Brunei, TYT Mohammed Abdullah H. Al Buraithin; Charge d’affaires, ad interim Kedutaan Qatar ke Brunei, Mohammed Abdulrahma M.A. Al-Jufairi; dan Charge d’affaires, ad interim Kedutaan Oman ke Brunei, Sultan bin Mohamed Al Azri turut bersama-sama memotong kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait.

    TYT Salah Mubarak Musleh Al-Mutairi memberikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mohd Juanda. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda