CANBERRA, 17 MEI – Lelaki tertua Australia menyatakan makan otak ayam adalah antara rahsia umur panjang sehingga beliau hidup lebih 111 tahun.
Peladang lembu bersara, Dexter Kruger (gambar) hari ini meraikan hari ke 124 hari dalam usia 111 tahunnya, sehari lebih tua daripada veteran Perang Dunia Pertama, Jack Lockett ketika dia meninggal dunia dalam 2002.
Kruger memberitahu Australian Broadcasting Corp dalam satu temu bulan di kediaman orang tua di pedalaman bandar Roma, Queensland beberapa hari sebelum detik 124 harinya bahawa makan otak ayam seminggu sekali memanjangkan usianya.
“Otak ayam. Anda tahu ayam ada kepala. Dan di dalam sana, ada otaknya, ia adalah bahagian kecil yang sangat sedap,” kata Krueger. “Hanya satu suapan.”
Anak lelaki Kruger, Greg, menyifatkan kehidupan di pedalaman yang santai juga menyumbang kepada usia panjang bapanya. – AP