Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makan sihat, hidup sihat

    GAYA hidup sihat haruslah menjadi amalan di sepanjang kehidupan – bukan hanya dalam tempoh sebulan selepas berkobar-kobar membuat azam tahun baru atau dua minggu menjaga makan selepas puas menjamu selera semasa bercuti.

    Amalan gaya hidup sihat merangkumi dua perkara: diet yang seimbang dan gaya hidup yang aktif. Kedua-duanya adalah penting dalam membantu anda bukan sahaja melanjutkan usia tetapi juga memperbaiki kualiti kehidupan. Namun, dalam dunia yang serba pantas hari ini di mana kemudahan sentiasa dalam capaian, agak sukar untuk benar-benar menggabungkan cara hidup ini ke dalam rutin harian anda.

    Bagaimana untuk memupuk gaya hidup sihat

    Kunci untuk menerapkan diet yang sihat dalam perubahan jangka panjang, dan bukannya satu fasa jangka pendek, adalah keseimbangan. Diet ‘mengejut’ dan sementara mungkin sering diamalkan tetapi ia tidak berkekalan. Mengubah diet dan rutin secara drastik mungkin keterlaluan. Walaupun ia berkesan dalam jangka pendek, amalan diet yang luar yang di luar kebiasaan ini akhirnya dicuba sekali dan kemudian ditinggalkan.

    Amalan gaya hidup sihat merangkumi dua perkara: diet yang seimbang dan gaya hidup yang aktif.
    Diet ‘mengejut’ dan sementara mungkin sering diamalkan tetapi ia tidak berkekalan. Mengubah diet dan rutin secara drastik mungkin keterlaluan.
    Cuba dan terapkan ke dalam setiap aspek kehidupan anda. Daripada bersarapan bersama rakan-rakan, rancang aktiviti berjalan kaki bersama mereka.

    Jadi, lakukannya secara perlahan-lahan! Daripada mengubah kesemua diet anda sekali gus, mulakan dengan menggantikan makanan yang tidak sihat dengan pilihan yang lebih sihat secara perlahan-lahan.

    Apabila melakukan senaman, jangan meletakkan matlamat yang terlalu tinggi. Senaman yang keras boleh menyebabkan boleh menyebabkan kecederaan atau melemahkan semangat anda untuk meneruskannya. Jangan pula sampai menyeksa diri anda. Nikmatilah makanan kegemaran yang baik untuk anda. Sebagai contoh, tukarkan aiskrim berkalori tinggi kepada minuman yang lebih sihat dan lazat.

    Cuba dan terapkan ke dalam setiap aspek kehidupan anda. Daripada bersarapan bersama rakan-rakan, rancang aktiviti berjalan kaki dengan mereka. Poskan berita bermotivasi dengan mengikuti blog pemakanan sihat dan pakar kecergasan melalui Instagram dan Facebook berita anda. Cari rakan untuk melakukannya dengan anda dan menjadikannya lebih menyeronokkan.

    Apa yang paling penting, pastikan segala matlamat anda bermula dari keseimbangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda