Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan, air, ubat keperluan terdesak di Syria

    KUALA LUMPUR, 9 April – Makanan, air dan ubat-ubatan merupakan antara keperluan terdesak di negara bergolak Syria ketika ini, menurut badan bukan kerajaan Islamic Relief Malaysia (IRM).

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata walaupun negara itu berada di bawah kelolaan Islamic Relief Syria (IRS) sejak 2012, rakyat Malaysia boleh menyumbang dana kepada IRM untuk disalurkan kepada IRS.

    Menurutnya, akibat serangan terkini di wilayah Idlib, dua daripada hospital dibantu Islamic Relief rosak teruk.

    “Tetapi usaha bantuan kita akan teruskan walaupun dalam keadaan kecemasan ini, kerana di Syria yang diperlukan sangat adalah makanan, air dan ubat-ubatan,” katanya.

    Zairulshahfuddin ditemui pemberita selepas melepaskan kira-kira 500 peserta larian amal anjuran IRM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini bertujuan mengumpul dana bagi projek tanaman cendawan di Lombok, Indonesia.

    Zairulshahfuddin Zainal Abidin menjawab pertanyaan media pada larian amal anjuran IRM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM. – Bernama
    Zairulshahfuddin Zainal Abidin menjawab pertanyaan media pada larian amal anjuran IRM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM. – Bernama

    Zairulshahfuddin berkata Islamic Relief sudah beroperasi di negara jiran Syria seperti Lubnan, Jordan dan Iraq.

    “Pada Januari 2012, kita membuat keputusan kritikal untuk masuk dan membantu di Syria. Kita kena ingat Syria dalam keadaan zon perang,” katanya.

    Di bawah projek tanaman cendawan itu, Kelompok Wanita Tani terdiri daripada 20 wanita dalam kalangan ibu tunggal dan golongan asnaf akan dibantu IRM Indonesia untuk meraih pendapatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda