Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makanan elak masalah buah pinggang

    PESAKIT buah pinggang yang mengalami keradangan mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada penyakit kardovaskular berbanding tanpa masalah buah pinggang.

    Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus berunding dengan pakar diet khas untuk buah pinggang dan mengikuti diet yang sesuai. Pelan makanan yang sesuai boleh membantu anda meningkatkan pengambilan nutrien dan antioksida.

    Berikut adalah senarai makanan yang berkhasiat untuk buah pinggang. Makanan ini adalah baik untuk semua orang bukan hanya yang mempunyai penyakit buah pinggang. Jadi dengan mengamalkan makanan ini, anda akan membantu orang yang tersayang hidup lebih sihat.

    Cili benggala merah

    Cili benggala merah adalah pilihan yang baik kerana ia rendah dengan kalium. Di samping itu, ia menambah warna dan rasa dalam hidangan selain mengandungi vitamin A, C, B6, asid folik dan serat. Ia juga mengandungi lycopene antioksida yang melindungi terhadap beberapa jenis kanser.

    Cili benggala merah adalah pilihan yang baik buat penyakit buah pinggang kerana ia rendah dengan kalium. Di samping itu, ia menambah warna dan rasa dalam hidangan selain mengandungi vitamin A, C, B6, asid folik dan serat. Ia juga mengandungi lycopene antioksida yang melindungi terhadap beberapa jenis kanser.
    Bunga kubis adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.

    Kubis

    Kubis mengandungi fitokimia iaitu sebatian kimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia bekerja untuk memecahkan radikal secara bebas. Fitokimia dipercayai mampu memerangi kanser dan menyokong kesihatan kardiovaskular. Kubis ialah sayuran yang murah dan sangat baik untuk diet, kerana ia tinggi dengan vitamin K, C, B6, serat dan asid folik, namun ia rendah kalium, jadi ia sangat sesuai untuk buah pinggang.

    Bunga kubis

    Satu lagi makanan sihat untuk buah pinggang ialah bunga kubis. Ia adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Selain itu ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.

    Bawang putih

    Bawang putih adalah baik untuk mengurangkan keradangan dan menurunkan kolestol. Ia juga mempunyai antioksida dan anti-pembekuan.

    Bawang merah

    Satu lagi yang digunakan sebagai perisai ialah bawang. Bawang penuh dengan flavonoid, terutamanya quercetin. Flavonoid adalah bahan kimia semula jadi yang menghalang lemak dalam saluran darah dan menambah pigmentasi (warna) kepada tumbuh-tumbuhan. Quercetin adalah antioksida yang dipercayai membantu mengurangkan penyakit jantung dan melindungi daripada banyak jenis kanser. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang.

    Epal

    Pepatah mengatakan An apple a day keeps the doctor away. Ia tinggi dengan serat, antiradang, membantu mengurangkan kolestrol, mencegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Epal boleh dimakan mentah atau dimasak. Untuk menambah manfaat kesihatan amalkan minum cuka epal atau cider.

    Epal tinggi dengan serat, antiradang, membantu mengurangkan kolestrol, mencegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Pepatah mengatakan An apple a day keeps the doctor away.
    Kranberi elok untuk mencegah jangkitan saluran kencing kerana akan menyebabkan air kencing lebih berasid dan membantu mengelakkan jangkitan bakteria.

    Kranberi

    Kranberi elok untuk mencegah jangkitan saluran kencing kerana akan menyebabkan air kencing lebih berasid dan membantu mengelakkan jangkitan bakteria.

    Beri biru

    Warna biru beri ini diperoleh daripada sebatian antioksida yang dipanggil anthocyanidins. Ia adalah yang terbaik kerana sebatian semula jadinya yang mengurangkan keradangan dan mempunyai banyak vitamin C dan serat.

    Raspberi

    Raspberi mengandungi sebatian yang dipanggil asid ellagic, yang membantu meneutralkan radikal bebas. Warna merah raspberi yang datang dari antioksida dikenali sebagai anthocyanins. Raspberi penuh dengan serat, vitamin C dan mangan. Ia mengandungi asid folik dan vitamin B. Raspberi mempunyai ciri-ciri yang membantu menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor.

    Putih telur

    Putih telur mengandungi protein tulen. Ia protein berkualiti tinggi dan mempunyai semua asid amino yang penting. Putih telur mempunyai kurang fosfuros daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda