Makanan tradisi untuk suami

SANAA – Perempuan Yaman sangat mahir dalam memasak ‘Bint Al-Sahn,’ pastri besar yang dibuat daripada campuran tepung, air, telur, gula dan mentega yang memberikan hidangan warna keemasan yang berkilat.

Doh direnjiskan dengan bijirin Habbatus Sauda. Hidangan tersebut dihidangkan dengan hangat bersama madu semula jadi Yaman di atasnya.

Orang muda sangat menyukai hidangan yang manis ini. Ini adalah hidangan utama yang harus dihidangkan dalam mana-mana acara seperti acara pertunangan dan perkahwinan, terutamanya di bahagian utara negara itu.

Amal Mutahar, seorang guru sosiologi, memberitahu Xinhua bahawa Bint Al-Sahn adalah hidangan yang paling terkenal dalam masakan Yaman, dan merupakan sebahagian daripada budaya tradisional dalam semua acara keluarga Yaman.

Amt-Alrzak Jhaf, seorang aktivis sosial dan pakar dalam makanan rakyat Yaman, berkata asal-usul hidangan ini adalah dari bandar lama Sanaa yang bersejarah di tengah-tengah ibu kota Sanaa.

Hidangan Bint Al-Sahn yang perlu dipelajari dalam kalangan wanita Yaman. – Xinhua

Menurut kebanyakan nenek dalam bandar Sanaa lama, secara tradisinya Bint Al-Sahn digunakan untuk menjadi hidangan yang mesti dihidangkan pada acara pertunangan, di mana ibu kepada pasangan tunang akan bertanya tentang teknik memasak dan teknik mengemas rumah.

Sebagai respons, ibu kepada tunang perempuan menghidangkan hidangan Bint Al-Sahn kepada ibu tunang lelaki, berkata sambil menunjuk hidangan itu, “Sila lihat pada hidangan ini dan rasa… kemahiran gadis itu ada dalam hidangan ini.”

Atas sebab ini, hidangan yang dinamakan secara literal selepas tradisi ini sebagai ‘gadis dalam hidangan.’

Menurut Amt-Alrzak, hidangan ini memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam menguli doh dan membentuk lapisan yang nipis dan licin.

Setiap kali lapisan yang ‘licin dan telus‘ di dalam hidangan itu, ia membukti kemahiran gadis berkenaan,” beliau menulis di dalam laman Facebook.

Bint Al-Sahn masih menjadi standard tradisional sehingga hari ini antara kebanyakan keluarga Yaman untuk menentukan kemahiran memasak kaum wanita.

Masyarakat konservatif Yaman masih berpegang kepada adat resam dan tradisi yang menghalang anak lelaki daripada bercampur dengan anak perempuan di sekolah, dan tidak membenarkan lelaki untuk bertemu dengan tunang mereka semasa tempoh pertunangan.

Permukaan hidangan biasanya dihiasi dengan kepingan doh, dalam bentuk perkataan alu-aluan atau mesej cinta yang lain.

Bint Al-Sahn secara tradisinya dihidangkan kepada para tetamu terutamanya semasa makan tengah hari, biasanya selepas hidangan ‘Shafoot’, beras dengan daging, kentang dengan sayuran dan sebelum hidangan ‘Saltah’. Walau bagaimanapun, generasi baharu Yaman lebih suka memakannya pada akhir makan tengah hari sebagai hidangan pencuci mulut.

Bashir Al-Sulwi, seorang wartawan, memberitahu Xinhua bahawa Bint Al-Sahn begitu istimewa tatkala negara itu sedang berdepan dengan peperangan dan sekatan ekonomi.

Bashir merujuk kepada krisis kemanusiaan dan perang saudara antara Huthi dan tentera gabungan yang diterajui oleh Arab Saudi.

“Bila-bila sahaja saya memakan Bint Al-Sahn, ia sentiasa mengingatkan saya mesej yang istimewa daripada isteri saya,” katanya. – Agensi

Makanan tradisi untuk suami

Bahan-bahan

100 gram kupang dicuci bersih

3 biji bawang besar, dikisar atau dicincang halus.

3 inci halia, dikisar atau dicincang halus

5 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

1 sudu sos lada hitam

3 batang serai dititik

Sedikit serbuk perasa

Minyak masak untuk menumis

Sedikit air asam jawa atau perahan air lemon.

Cara membuatnya

Tumis bawang merah dan halia serta serai terlebih dahulu. Bila dah kekuningan, masukkan cili kisar. Tumis hingga garing, masukkan sedikit air dan tumis lagi, masukkan kiub ayam, sos cili, sos tiram,sos lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih. Masak hingga kuahnya jadi pekat. Letak sedikit air asam jawa.

Masukkan kupang, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak dalam tempoh lima ke lapan minit. (Pastikan tidak terlalu masak, sebab bila terlalu masak habis mengecut isinya). Cuba rasa, jika kurang masin tambahlah garam. Jika suka boleh juga kalau nak letak daun bawang, daun ketumbar ataupun daun sup sebagai penyerinya. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Sebelum anda memasak, jangan lupa untuk membersih-kan kupang dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Ketika merendam, tutup rendaman tersebut dan biarkan beberapa minit agar pasir serta kotoran yang terdapat di dalam kupang itu keluar.

Udang Cheese

Bahan-bahan

500 gram ekor udang, dibuka kulitnya.

Satu sudu makan mentega

300 gram mozzarella

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam

Cara membuatnya

Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan itu, belah sedikit di bahagian belakangnya. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan di bahagian kaki udang. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10 hingga 12 minit atau sehingga masak.

Ketam masak telur masin

Bahan – bahannya

11 ekor ketam saiz kecil (kalau besar mungkin empat ekor dah cukup dan dibelah dua)

Sedikit kunyit serbuk

2 sudu makan teh garam

3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur

1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur

3 biji bawang putih, cincang halus

4 biji cili padi hijau, hiris

4 biji cili padi merah, hiris

2 tangkai daun kari, dilurut

1/4 cawan susu sejat

2 sudu makan serbuk lada hitam

3 sudu besar mentega

Cara membuatnya

Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh.

Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi me-rah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu. Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. Masak hingga ke-ring, rasa dan jika ok boleh tutupkan api. Hidangkan segera.