Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air atau tekanan air rendah pada 27 September 2022, bermula jam 9 malam sehingga 2 pagi hari berikutnya.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan iaitu sepanjang jalan Kampung Batu Apoi sehingga Pos Kawalan Labu dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyambungan paip air baharu di Jambatan Batu Apoi yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.

    JKR ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    JKR melalui siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini juga ingin mengambil peluang untuk memohon kerjasama semua pihak bagi berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Sebarang kesulitan adalah dikesali dan pihak jabatan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...