Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa kerja-kerja segera penggantian injap berdekatan Simpang Jalan Sibakit Atas, Jalan Tanjong Maya sedang dilaksanakan hari ini bermula pukul 2 petang sehingga kerja-kerja selesai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat adalah kawasan simpang Jalan Sibakit Atas, Mukim Tanjong Maya dan Mukim Ukong Tutong.
Kawasan-kawasan yang terlibat itu, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama kawasan-kawasan tanah tinggi.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan pembekalan air tanker boleh menghubungi Talian Darussalam 123.