Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan circuit breaker 40 A TPN MCCB di Stesen Pam Air Mentah Peringkat 4 & 5 Loji Rawatan Air Bukit Barun akan dilaksanakan esok bermula 9 pagi hingga 1 petang.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menjelaskan bahawa kerja-kerja tersebut akan mengambil masa 4 jam maksimum dan akan mengakibatkan pengurangan penghasilan air bersih.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan akan menerima gangguan bekalan air dan tekanan air rendah terutama sekali bagi kawasan yang tinggi.

    Kawasan-kawasan yang terlibat termasuk Kampung Batong, Kampung Masin, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Perpindahan Lugu, Jalan Pasir Berakas, RPN Lambak Kanan, Mukim Lumapas, sebahagian Mukim Pengkalan Batu, Kampung Subok, Kampung Belimbing serta sekitarnya.

    Walau bagaimanapun, jabatan berkenaan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani masalah tersebut dan jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    JKR juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...