Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

Makluman gangguan bekalan air

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip air di kawasan bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jalan Perdana Menteri memerlukan lebih masa untuk siap dilaksanakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menyatakan bahawa kerja-kerja akan dilanjutkan esok pada pukul 9 malam sehingga kerja-kerja selesai.

Sehubungan itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi) seperti kawasan Kampung Melabau, bangunan-bangunan kerajaan Jalan Menteri Besar, Jalan Airport Lama dan Commonwealth Drive, Kampung Burong Pinggai Berakas, Kampung Pulaie, Kampung Anggerek Desa, Kampung Delima Satu dan Dua, Kampung Serusop, Kampung Madang, Kampung Manggis, Kampung Sungai Tilong, Kampung Sungai Akar, Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar dan sekitarnya.

Jabatan itu menyatakan bahawa beberapa tangki biru telah ditempatkan di beberapa lokasi seperti Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop, tempat letak kereta Tanah Perkuburan Pulaie, Masjid Kampung Sungai Hanching, dan tempat letak kereta gerai makan Kampung Anggerek Desa.

JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

Di samping itu, pihak jabatan memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki air atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -