Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Kerja-kerja penyucian tangki Batu 12 (1) di beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan pada 17 September 2022, bermula jam 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan kawasan-kawasan yang terjejas itu termasuklah kawasan Kampung (Kg) Mentiri, Kg Sungai Buloh, Kg Batu Marang, Kg Salar, Kg Tanah Jambu dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Oleh yang demikian, JKR mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tangki air atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...