Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air di Daerah Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Beberapa kawasan di Daerah Tutong akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah terutamanya di kawasan yang tinggi.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah Jalan Enche Awang, Kuala Tutong, Kampung Serambangun, Kampung Lubok Pulau, Kampung Keriam sehingga Kampung Bangsinggong dan sekitarnya.

    Gangguan adalah disebabkan kerja-kerja segera pembaikan paip transmisi berukuran 500mm di Kampung Suran, Tutong pada 8 Ogos bermula 2 petang sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, JKR telah menyediakan tangki-tangki biru di kawasan terjejas dan orang ramai dinasihatkan membawa botol atau bekas air sendiri ke Dewan Kemasyarakatan Kampung Serambangun, kawasan jeti Sungai Tutong, Gerai Persatuan Pesaka, Kampung Keriam dan Masjid Penabai, Kuala Tutong.

    JKR memberi jaminan bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut secepat mungkin dan berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...