Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air di Kampung Lumapas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan penduduk Mukim Lumapas bahawa kerja-kerja penyelarasan operasi tangki simpanan air Lumapas akan dijalankan esok dari pukul 9 pagi sehingga 10 pagi.

    Oleh yang demikian, bekalan air ke kawasan mukim berkenaan akan mengalami gangguan ketika operasi dilaksanakan. Walau bagaimanapun, JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk memastikan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Pada masa yang sama, penyediaan tangki-tangki biru masih kekal disediakan di tempat-tempat yang sama iaitu Simpang 665-15, Jalan Mambarong, Kampung Lumapas; No 71, Jalan Kecil Pawas, Kampung Lumapas; No 850, Rumah Pemangku Ketua Kampung Lumapas B; Pejabat Pos Lumapas; Simpang 46-12 Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lumapas serta Pejabat Lama JKR Lumapas.

    Sehubungan itu, bagi sebarang permohonan untuk pembekalan lori tangki air, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123. Perkhidmatan berkenaan adalah terhad, oleh itu, adalah diharapkan supaya orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air.

    JKR menyatakan lagi bahawa sebarang kesulitan adalah dikesali dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...