Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan bekalan air di Kg Lumut

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan penduduk kawasan Sungai Bakong dan Jalan Kecil
    Lumut, Sungai Bakong, Kampung Lumut dan kawasan sekitarnya mengenai gangguan bekalan air atau tekanan air rendah di kawasan berkenaan bermula pukul 9 malam esok.

    Kenyataan menyatakan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air ductile iron overcrossing dan injap baharu berukuran 125mm dan 180mm diameter di

    Simpang 429, Jalan Sungai Bakong dan Simpang 455-11, Jalan Kecil Lumut, Sungai Bakong.

    Sehubungan itu, orang ramai diharap akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan peng-gunaan air.

    JKR menyatakan lagi bahawa sebarang kesulitan adalah dikesali dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...