Oleh Ak Zaki Kasharan
TEMBURONG, 30 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kerja-kerja penyambungan paip air baharu bagi Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rataie di Simpang 581 dan Simpang 661 akan dilaksanakan esok mulai 9 malam dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam.
Oleh yang demikian, keseluruhan kawasan RPN Rataie, Temburong akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.