Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Makluman gangguan bekalan air hari ini

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air atau tekanan air rendah pada 2 Ogos, bermula 9 pagi.

Dalam kenyataan berkenaan, JKR menjelaskan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pencucian tangki air Sungai Hanching 1 yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan.

Oleh yang demikian, beberapa kawasan iaitu Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar, Perumahan Expo Lambak Kanan, sebahagian Kampung Perpindahan Lambak Kanan dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

JKR juga mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak bagi berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -