Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di Kampung Mungkom Kiudang pada malam esok.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menjelaskan bahawa gangguan berkenaan adalah disebabkan penutupan sementara air bagi pembaikan dan pengubahsuaian paip bocor 300mm overcrossing di Sungai Simut, Kampung Pad Nunok. Penutupan bekalan air akan bermula 9 malam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian selesai dijalankan.

    Dalam pada itu, JKR turut memaklumkan bahawa tangki biru turut disediakan di Gerai Muafakat Kampung Kiudang.

    Sehubungan ini, JKR memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan lori tangki air bolehlah menghubungi hotline Talian Darussalam 123 atau Live Channel 123 (8333123) dan perkhidmatan lori tangki adalah terhad.

    Oleh yang demikian, orang ramai diharap akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sedia kala.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda