Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Makluman gangguan perkhidmatan laman sesawang tertentu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai mengenai gangguan perkhidmatan yang menjejaskan laman sesawang tertentu yang berakhir dengan .bn.

    Kenyataan menyatakan bahawa laman sesawang yang terjejas tidak dapat diakses dari luar Negara Brunei Darussalam.

    Sehubungan itu, Syarikat Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) telah menyediakan penyelesaian sementara di mana syarikat-syarikat yang terjejas boleh mengkonfigurasi DNS UNN mereka dengan menggunakan alamat IP:61.6.254.201 dan 61.6.254.202 dalam sistem mereka.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa AITI dan UNN bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan seberapa segera serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi berhubung perkara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...