Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Makluman garis panduan bagi perkumpulan agama lain

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Garis panduan bagi perkumpulan agama lain seperti di kuil dan gereja telah menyediakan langkah-langkah yang dibenarkan semasa Fasa Awal Endemik dalam Rangka Kerja Pemulihan COVID-19 Kebangsaan.

Menurut garis panduan yang boleh diperoleh di laman sesawang Jabatan Perdana Menteri (JPM), langkah-langkah tersebut termasuk sekatan kapasiti di mana tempat ibadat dibenarkan beroperasi pada kadar 75 peratus daripada kapasiti penuh premis atau tempat berkenaan semasa perkumpulan dan perkhidmatan ibadat lain.

Aktiviti ibadat berkumpulan seperti kelas keagamaan dan perkhidmatan pastoral dibenarkan pada kadar 50 peratus daripada kapasiti penuh premis atau bilik kuliah.

Garis panduan itu menyatakan protokol aktiviti keagamaan bagi agama lain iaitu perkumpulan dan aktiviti keagamaan bersemuka bagi agama lain adalah dibenarkan, semua individu yang berumur 12 tahun ke atas dibenarkan untuk hadir. Walau bagaimanapun, individu yang tidak bervaksin penuh mestilah menunjukkan bukti keputusan ART negatif.

Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan untuk hadir semasa perkumpulan dan perkhidmatan ibadat yang lain, tempat ibadat hendaklah hanya mengerahkan pekerja dan sukarelawan yang bervaksin penuh untuk perkhidmatan ibadah, penggunaan aplikasi BruHealth dimestikan, tempoh masa bagi perkhidmatan ibadat hendaklah tidak lama dengan interaksi antara jemaah sebelum atau selepas setiap perkhidmatan adalah minimum, semua yang hadir hendaklah memakai pelitup muka pada setiap masa di mana pelindung muka tidak dibenarkan sebagai ganti kepada pelitup muka.

Jemaah yang membuat persembahan nyanyian dengan memakai pelitup muka adalah dibenarkan, persembahan muzik dengan peralatan muzik semasa perkhidmatan ibadat adalah dibenarkan kecuali penggunaan peralatan yang ditiup serta tidak dibenarkan berkongsi peralatan ibadat seperti kitab atau bakul persembahan kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dan para jemaah hendaklah membawa bersama barang-barang keperluan peribadi untuk melakukan ibadah, jika perlu.

Bagi tempat ibadat yang mempunyai peredaran udara yang kurang seperti ruang tertutup atau dewan berhawa dingin, hendaklah, jika boleh, membuka pintu dan tingkap bagi membolehkan pengudaraan semula jadi selepas setipa penggunaan serta kakitangan dan pekerja digalakkan untuk menjalankan ujian ART sekali setiap dua minggu.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -