Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Makluman kemungkinan gangguan bekalan air hari ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya, memaklumkan orang ramai mengenai kemungkinan akan berlakunya gangguan bekalan air atau tekanan air rendah mulai 10 pagi sehingga 12 tengah hari esok.

    Kenyataan menjelaskan, gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelarasan paip air utama berukuran 920mm stainless steel di Jalan Lamunin yang memerlukan penutupan sementara pam ke Tangki Utama Sungai Burong yang akan dilaksanakan pada waktu berkenaan.

    Sehubungan itu, beberapa kawasan kemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah termasuk kawasan sepanjang Jalan Lamunin, Kampung Katimahar, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Jerudong, Kampung Tanjong Bunut, sepanjang Jalan Jangsak, Kampung Mata-Mata dan kawasan sekitarnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...