Makluman kerja pembaikan paip di beberapa kawasan

Oleh Salawati Haji Yahya

BELAIT, 22 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai gangguan bekalan air atau tekanan air rendah yang akan berlaku disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air ductile iron overcrossing baharu berukuran 150mm bermula 9 malam esok (23 Mei).

Kerja-kerja akan dijalankan di Simpang 76, Jalan Kecil Sungai Bakong, Lumut dan kawasan-kawasan yang terjejas termasuk kawasan Sungai Bakong dan Jalan Kecil Sungai Bakong, Kampung Lumut dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, JKR memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang aduan berhubung bekalan air.