Friday, December 13, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telekomunikasi Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong sedang dibaiki

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dalam usaha untuk memastikan hubungan telefon di Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong berfungsi dengan baik, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi terhadap talian-talian yang terjejas.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa pembaikan peralatan telekomunikasi di Pusat Kesihatan berkenaan telah bermula pada 9 Disember lalu dan akan dibukakan semula setelah kerja-kerja selesai.

    Dalam hubungan itu, sebagai usaha bagi memastikan hubungan telefon ke Pusat Kesihatan berkenaan tidak terjejas, talian-talian alternatif telah disediakan.

    Bagi Klinik Penjagaan Kesihatan Asasi ialah +673 7440348 dan bagi Klinik Ibu dan Anak-anak ialah +673 7440178.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul dengan kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu, adalah sangat-sangat dihargai.

    Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda