BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter bagi semua cawangan pos di Daerah Brunei dan Muara dibuka setengah hari sahaja pada 30 Jun ini.
Manakala itu, cawangan-cawangan pos di Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan ditutup pada tarikh berkenaan.
Jabatan Perkhidmatan Pos dalam kenyataannya menyatakan bahawa penutupan ini disebabkan penutupan akaun setengah tahun bagi bank-bank di Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2018. Kaunter perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Julai 2018.
Sehubungan itu, pihak jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.