Makluman penutupan jalan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Simpang 124-51, Jalan Selayun, Sengkurong bermula pada 8 November, bagi tempoh selama satu minggu.

Kenyataan menjelaskan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat di simpang tersebut dapat dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jalan raya tersebut untuk menggunakan jalan alternatif iaitu melalui Simpang 80, Jalan Selayun.

Selain itu, para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang aduan, mereka boleh menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 123 (8333123) ataupun e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

Peta menunjukkan laluan alternatif disebabkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Selayun, Sengkurong. – Gambar serahan JKR