Makluman penutupan jalan di dua lokasi

Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan JKR

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) dan sebahagian jalan di Simpang 455-11, Jalan Kecil Lumut, Kampung Lumut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR memaklumkan bahawa penutupan sementara separuh jalan Jalan RIPAHS hala bandar akan bermula pada 2 Oktober dari pukul 8 malam hingga 6 pagi, hari berikutnya.

Penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan melapis semula aspal di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

Sementara itu, sebahagian jalan di Simpang 455-11, Jalan Kecil Lumut, Kampung Lumut juga akan bermula pada 2 Oktober ini dari 8 pagi dan dijangka akan mengambil masa selama sebulan. Menurut JKR, penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf longkang di jalan berkenaan dilaksanakan.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kerja Raya melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 8333123 atau menerusi e-mel pro@pwd.gov.bn.

Peta menunjukkan sebahagian jalan di Simpang 455-11, Jalan Kecil Lumut, Kampung Lumut yang akan ditutup sementara.
Peta menunjukkan separuh Jalan RIPAHS yang akan ditutup mulai 2 Oktober ini.