Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan jalan di Jambatan SHOAS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) yang telah bermula 11 Februari lalu dilanjutkan sehingga 15 Februari bermula 10 malam hingga 6 pagi berikutanya.

    Jabatan itu menjelaskan bahawa penutupan separuh jalan, 2.3km dari pusing keliling Labu, hala Kota Batu, berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan optik gentian UNN.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui jambatan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 dan Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan yang dijalankan di Jambatan SHOAS. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...