Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Utama Berakas dan Jalan Utama Terunjing bermula hari ini hingga 14 Oktober.
JKR menyatakan bahawa penutupan dari pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan.
Sehubungan itu, jabatan tersebut menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
