Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan kaunter

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan orang ramai bahawa susulan penutupan pertengahan tahun kewangan bank 2019 pada 29 Jun 2019, maka semua perkhidmatan kaunter pembayaran JPD hanya dibuka sebelah pagi pada hari tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPD, cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong, Pejabat Lama JPD, Gadong dan Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD, Sungai Akar akan beroperasi dari 8 pagi hingga 11:30 pagi. Manakala itu, cawangan-cawangan di Daerah Tutong, Belait dan Temburong pula hanya akan dibuka pada 8 pagi hingga 10 pagi.

    Kenyataan menambah, perkhidmatan kaunter pembayaran JPD akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 1 Julai jam 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3 petang.

    Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam kenyataannya menyatakan bahawa waktu perkhidmatan kaunter bagi semua cawangan-cawangan pos di Daerah Brunei dan Muara adalah seperti biasa.

    Manakala bagi cawangan-cawangan pos di Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan ditutup pada tarikh berkenaan.

    Sehubungan itu, kaunter perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Julai ini dan jabatan berkenaan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda