BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-34 tahun, Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) memaklumkan orang ramai bahawa Kaunter Pembayaran dan Pembelian Token Meter Pra-Bayar akan ditutup pada 23 dan 24 Februari ini.
Sehubungan itu, para pelanggan yang ingin membeli Token Meter Pra-Bayar bolehlah membeli melalui Cash Deposit Machine (CDM), PowerKad dan Online Banking.
JPE dalam kenyataannya memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul.