Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan pusat swab dua daerah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa bermula pada 7 Mei, beberapa pusat swab di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Tutong akan ditutup.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, penutupan pusat-pusat berkenaan adalah bagi mengambil kira keadaan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang semakin stabil dan terkawal serta terdapatnya pengurangan keperluan bagi perkhidmatan swab di negara ini.

    Yang Berhormat Dato turut menjelaskan bahawa orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh mendapatkannya di Pusat Swab Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Pusat-pusat swab yang akan ditutup tersebut ialah Pusat Swab Pandu Lalu BRIDEX; Pusat Swab Pusat Kesihatan Berakas; Pusat Swab Pusat Kesihatan Pengkalan Batu; dan Pusat Swab Pusat Kesihatan Sungai Kelugos. Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa ujian swab bagi mereka yang hendak meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan mereka yang baru tiba ke negara ini (inbound and outbound travelers) akan dilaksanakan sepenuhnya oleh klinik-klinik swasta yang diiktiraf, juga bermula pada 7 Mei dan tidak lagi akan dilakukan di pusat-pusat swab kerajaan.

    Senarai klinik swasta yang diiktiraf boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan.

    Gambar fail menunjukkan petugas barisan hadapan semasa melakukan swabbing. – Gambar fail
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...