Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sebahagian jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian lorong jalan di Lebuh raya Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah kerja-kerja pemasangan kalbat baharu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, hari ini, penutupan sementara berkenaan akan bermula 20 Jun dari pukul 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan boleh menggunakan jalan lencongan yang terdapat di kawasan itu. Dalam kesempatan ini, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Sebahagian lorong jalan di Lebuh raya Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah akan ditutup untuk kerja-kerja pemasangan kalbat baharu. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...