Makluman penutupan sebahagian jalan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai penutupan separuh jalan di beberapa tempat di Lebuhraya Tutong-Telisai dan Lebuhraya Telisai-Lumut mulai esok (6 Mei) sehingga 31 Mei depan bermula pukul 8 pagi sehingga 5:30 petang.

Kenyataan menjelaskan, penutupan berkenaan adalah diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja melapis semula aspal baharu di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan supaya akan mengambil langkah untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Live Chat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]